Salad Udang Sisipan Vinaigrette Delima

Ayuh sediakan juadah sihat lagi enak!

Salad Udang Sisipan Vinaigrette Delima

Saiz hidangan: 4

Tempoh penyediaan: 15 minit

Bahan Salad
12 udang saiz sederhana, dibuang kulit
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
2 sudu besar minyak zaitun
½ lobak merah, diparut
6 daun pudina, dihiris
Segenggam pucuk daun dan bunga petai belalang
Segenggam pucuk kacang
¼ limau gedang, diambil isinya
1 tomato, dihiris panjang

Bahan Sos Vinaigrette Delima
½ buah delima

½ cawan minyak zaitun
5 sudu besar cuka fig
2 sudu besar madu
1 ulas bawang putih
1 cili padi
Garam, secukup rasa

Cara Membuatnya:

  1. Kisar kesemua bahan sos Vinaigrette Delima (kecuali delima), kemudian tuangkan ke dalam botol dan masukkan pula biji buah delima. Goncang supaya semua bahan sebati. Siap untuk digunakan.
  2. Seterusnya, gaul udang dengan garam dan serbuk kunyit.
  3. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Goreng udang kira-kira dua ke tiga minit. Kemudian angkat dan ketepikan.
  4. Satukan kesemua bahan salad di dalam mangkuk besar dan tuangkan sos Vinaigrette Delima. Gaul rata.
  5. Sedia untuk dihidang.

Info: Hidangan sihat yang dapat mencantikkan kulit serta dalaman tubuh secara semula jadi dengan kandungan salad mentah untuk awet muda, juga peranan sos Vinaigrette Delima yang dapat membantu mencegah kolestrol dan sekaligus memecahkan lemak. Buah delima juga mengandungi zat besi yang penting untuk pembentukkan sel darah merah.