Tiga Resipi Kek Berasaskan Buah

Cita rasa manis buah dalam hidangan pemanis mulut.
1 of 3

Kek Epal Hijau

Bahan-bahan:
4 epal hijau
¾ cawan gula perang
125ml minyak masak
370g tepung serba guna
95g tepung atta
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda penaik
½ sudu kecil rempah kek
¾ cawan gajus, dicencang halus

Cara Membuatnya:
1. Masak epal hijau yang sudah dibuang kulit dan diparut kasar, bersama separuh gula perang hingga epal lembut dan gula larut.
2. Kisar epal menjadi puri. Masukkan baki gula perang bersama minyak masak, tepung serba guna, tepung atta, serbuk penaik, soda penaik, rempah kek dan gajus. Kacau hinga sebati.
3. Ratakan adunan kek di dalam tin pembakar yang dilengser dengan sedikit mentega. Bakar kek pada suhu 180 darjah Celsius selama  satu jam atau sehingga masak.
4. Biarkan kek di dalam tin pembakar selama 10 minit sebelum dikeluarkan. Biarkan kek sejuk di atas redai.

1 of 3