Tart Nanas Bunga

Resipi biskut Raya kegemaran ramai.

Saiz hidangan: 85 biji
Tempoh penyediaan: 30 minit

Bahan-bahan:
Bahan A
2 cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
3 sudu besar gula aising

Bahan B
1 telur gred A
1 ½ cawan mentega
1 sudu kecil esen vanila

Bahan C (Inti)
Jem nanas

Cara Membuatnya:
1) Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius dan lenserkan loyang dengan sedikit mentega.
2) Putar sebati bahan B dan masukkan bahan A yang telah diayak. Gaul sebati sehingga menjadi doh lembut.
3) Taburkan tepung dan canaikan doh. Terap menggunakan acuan tart bunga.
4) Masukkan sedikit inti nanas. Canaikan lagi doh dan potong panjang untuk membuat corak silang di atas tart yang telah diletakkan jem tadi.
5) Bakar hingga masak kira-kira 15 ke 20 minit.