Spageti Itik Oriental

Hidangan spageti mudah lagi lazat.

Saiz hidangan: 2
Tempoh penyediaan: 20 minit

Bahan-bahan:
300g spageti, direbus
2 ulas bawang putih, dicencang
2cm halia muda, dihiris
20g bawang holland, dihiris
200g itik salai, dihiris
2 sudu besar sos teriyaki
4 sweet pea, dipotong tiga
2 sweet corn muda, dipotong empat
2 cendawan shitake, dihiris
30g lada benggala, dihiris
Garam dan lada hitam, secukup rasa
2 sudu besar minyak zaitun
Sedikit tauge sawi, sebagai hiasan
Sedikit bawang goreng, sebagai hiasan
Sedikit bijan putih, sebagai hiasan

Cara Membuatnya:
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun, bawang putih, halia muda dan bawang holland. Tumis seketika.
2. Kemudian masukkan itik salai, sweet corn muda, cendawan shitake, lada benggala dan sweet pea. Masak selama dua minit.
3. Masukkan sos teriyaki dan spageti yang telah dimasak. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Gaul rata.
4. Hiaskan spageti dengan tauge sawi, bijan putih dan bawang goreng. Sedia untuk dimakan.

Resipi: Chef Nik Badrul Hisham Nik Mustapha, pengasas restoran Nick’s Kitchen Studio¬†