Sentuhan Juadah Itali Marks & Spencer

Membawakan rasa asli Itali ke meja makan anda.

Marks & Spencer memperkenalkan rangkaian makanan ‘Truly Italian’ yang mengetengahkan bahan asas yang biasa digunakan dalam masakan asli Itali. Bagi memberikan hanya yang terbaik, pihak Marks & Spencer telah menjelajah ke Itali untuk mencari isnpirasi, selain bekerjasama dengan pembekal di sana untuk menghasilkan rangkaian makanan ala Itali ini. Marks & Spencer juga telah berkolaborasi bersama Ili Sulaiman untuk menghasilkan dua juadah enak Itali, yang diberi nama Spicy Prawn Pasta Arrabbiata dan Corn Beef Pasta Bake yang sangat mudah untuk disediakan.

Spicy Prawn Pasta Arrabbiata

Corn Beef Pasta Bake

Resipi penuh boleh anda dapatkan di laman Facebook Marks & Spencer Malaysia (https://www.facebook.com/marksandspencermalaysia). 

“Setelah seharian bekerja yang biasanya melibatkan proses memasak untuk rancangan masakan saya, saya suka menyediakan menu Itali untuk dijamah sendiri mahupun bersama keluarga. Hidangan pasta mudah saja menambat selera ramai! Ada sesuatu yang istimewa mengenai rangkaian makanan M&S Truly Italian. Anda akan dapat merasakan diri anda betul-betul menikmati setiap bahan yang digunakan seperti whole wheat spaghetti dan gluten free penne,” kata Ili.

Rangkaian Marks & Spencer ‘Truly Italian’ mengangkat kegemaran Itali seperti fiorelli, penne, four cheese tomato basil sauce dan sos pasta. Sos pasta Marks & Spencer disediakan secara tradisional oleh perniagaan kecil sebuah keluarga di Calabria, Itali dan mempunyai asas suffritto yang digabungkan bersama tomato Itali dan herba segar yang ditanam sendiri. Anda boleh dapatkannya di M&S seluruh Malaysia!