Salad Sayuran & Quinoa oleh Chef Jo

Menu mudah lagi berkhasiat yang boleh anda cuba.

Saiz hidangan: 2
Tempoh penyediaan: 40 minit

Bahan-bahan:
60g lobak merah
60g saderi
60g lada benggala
60g timun Jepun
60g tomato ceri
60g bawang merah Australia
100g quinoa kering, direbus

Bahan dressing:
2 sudu besar cuka (atau jus lemon)
6 sudu besar minyak zaitun
2 sudu kecil mustard
Garam, gula dan lada, secukup rasa

Cara Membuatnya:
1. Bersihkan kesemua sayuran dan potong memanjang.
2. Potong tomato kepada dua bahagian.
3. Kemudian rebus quinoa hingga lembut. Biarkan sejuk.
4. Untuk menyediakan dressing, masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk besar dan gaul rata.
5. Hidangkan kesemua sayuran dan quinoa di dalam mangkuk hidangan. Letakkan dressing yang telah siap tadi. Siap untuk dimakan.

Resipi: Chef Johari Edrus