Resipi Tom Yum Goong Yang Memikat Selera

Resipi Tom Yum Goong yang pasti akan memikat selera anda

Mengidam masakan Thailand? Anda boleh cuba resipi Tom Yum Goong yang Jelita kongsikan ini.

Bahan:

  • 8 udang segar
  • 200 g cendawan
  • 3 serai, diketuk dan dipotong satu inci
  • 7 hiris lengkuas
  • 3 bawang merah, dihancurkan sedikit
  • 3 daun limau purut, dikoyak
  • 6 cili padi, dihancurkan
  • 1/4 cawan jus limau
  • 4 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil gula
  • 4 cawan stok atau air
  • Daun ketumbar segar ( untuk dijadikan hiasan)

Cara Menyediakannya:

  1. Didihkan satu periuk berisi stok atau air dengan api yang sederhana.
  2. Tambahkan serai, lengkuas dan bawang merah. Masak selama beberapa minit sehingga naik bau.
  3. Perasakan dengan sos ikan dan gula, Kemudian, masukkan udang, diikuti dengan cedawan tiram. Biarkan hingga udang masak 80 peratus dan padamkan api.
  4. Masukkan daun limau purut, cili, jus limau dan daun ketumbar.
  5. Sedia untuk dihidang.

*Resipi ini disiarkan dalam Majalah Jelita Edisi May 2018