Resipi Teh Tarik Herba

Cuba sendiri minuman teh tarik herba ini

Minuman teh tarik adalah antara minuman rutin buat rakyat Malaysia. Tetapi, apa kata cuba tambahkan dengan herba untuk rasa yang lebih enak?

teh tarik

Bahan:

  • 2 uncang teh
  • 1 kulit kayu manis
  • 2 cawan air panas
  • 2 bunga lawang
  • 2 buah pelaga
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar gula perang
  • 4 sudu besar susu sejat

Cara Penyediaan:

  1. Rendam uncang teh, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis dalam bekas besar (sesuai untuk ditarik).
  2. Masukkan gula, susu pekat dan susu cair
  3. Kacau sebati dan tarik supaya tekstur teh lebih sebati
  4. Tuang dan enak diminum ketika panas