Resipi Susu Badam Untuk Ibu Berpantang

Cuba resipi susu badam ini untuk ibu berpantang.

Bagi ibu yang berpantang, pemakanan yang diambil adalah sangat penting untuk memastikan badan mendapatkan khasiat yang diperlukan selepas melahirkan anak. Cuba resipi susu badam ini untuk ibu berpantang.

resipi susu badam

Bahan:

  • 20 g badam, direndam selama dua jam
  • 2 gelas susu segar
  • 1 sudu besar gula
  • 2 buah pelaga, dipecah kepada dua
  • 1/4 sudu kecil esen vanila

Cara Membuatnya:

  1. Kisar badam bersama susu segar hingga badam hancur.
  2. Panaskan campuran susu dan badam berkenaan
  3. Masukkan gula, esen vanila dan buah pelaga. Kacau rata.
  4. Sedia untuk dihidang.