Resipi Sup Ubi Bit

Bagi anda yang ingin mengamalkan diet yang sihat, resipi sup ubi bit ini pasti sesuai untuk anda.

Bagi anda yang ingin mengamalkan diet yang sihat, resipi sup ubi bit ini pasti sesuai untuk anda.

resipi ubi bit

Gambar Hiasan: Shutterstock

Bahan:

  • 1 liter stok sayuran
  • 2 ubi bit
  • 1 lobak merah
  • 1 kentang
  • 1 bawang
  • 1 epal hijau
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan susu
  • 5 sudu krim masam
  • Gula perang
  • Jintan
  • Minyak zaitun
  • Garam

Cara Membuatnya:

  1. Potong lobak dalam kepingan dan panaskannya di dalam ketuhar bersama dengan bawang, sedikit pasli dan batang bawang. Letakkannya dalam periuk, tambahkan dua atau tiga batang saderi dan tuangkan sedikit air sejuk. Masak sehingga mendidih pada api yang perlahan, tambahkan garam dan beberapa biji lada. Tutup, kemudian masak selama 30 minit.
  2. Balut ubi bit dalam kerajang timah dan masak pada suhu 180 darjah sehingga menjadi lembut. Pootng kentang dalam kepingan kecil, potong bawang dan parut lobak merah. Goreng bawang dalam minyak zaitun dengan api sederhana. Tambahkan lobak merah, kacau dan biarkan masak selama lima minit. Masak sehingga sup mendidih, tambahkan lobak merah dan kentang dan biarkan sup masak.
  3. Potong ubi bit dalam kepingan kecil. Masukkan ke dalam periuk dengan sup dan panaskan selama tiga hingga lima minit. Kisar semuanya sehingga ia menjadi puri yang lembut. Biarkan ia sejuk dalam suhu bilik. Masukkan susu, garam dan gula jika ubi bit itu tidak telalu manis
  4. Keluarkan inti epal kemudian pecahkannya menggunakan pengisar tanpa mengupas kulitnya. Tuangkan jintan dan campurkan dengan puri epal. Kemudian, tambahkan krim masam. Hidangkan sup pada suhu bilik atau sejuk. Anda boleh tambahkan satu hingga dua sudu makan krim masam epal.