Resipi Stew Kambing

Jika anda inginkan hidangan yang unik dan enak, anda boleh cuba resipi stew kambing ini.

Jika anda inginkan hidangan yang unik dan enak, anda boleh cuba resipi stew kambing ini.

resipi stew kambing

Bahan:

  • 1 kg kaki kambing tanpa tulang dipotong kepada satu inci
  • 4 bawang merah, dipotong kasar
  • 5 ulas bawang putih, dicincang
  • 200 g saderi, dipootng kasar
  • 3 lobak merah, dipotong kasar
  • 10 baby potato
  • 2 sudu besar rosemary kering
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung
  • 2 sudu besar daun bawang, dicincang
  • Garam dan lada hitam secukup rasa
  • Air, jika perlu

Cara Membuatnya:

  1. Perap kaki kambing dengan garam dan lada hitam. Menggunakan periuk berat, masakkan daging dengan api besar dan keluarkannya dari periuk.
  2. Perlahankan api, tumiskan bawang besar, bawang putih dan rosemary. Seterusnya masukkan saderi dan lobak merah. Tumis sebentar, kemudian masukkan mentega dan tepung, kacau rata dan masak tepung selama satu minit sebelum menambah satu liter air. Biarkan ia mereneh.
  3. Masukkan kembali kaki kambing dan biarkan ia mereneh selama satu jam sebelum menambah baby potato.
  4. Selepas kira-kira 30 minit dan apabila kentang sudah lembut, keluarkan kaki kambing dan potong kepada kiub.
  5. Biarkan stew mendidih dan buangkan lemak yang terkumpul. Kemudian, masukkan kembali kaki kambing ke dalam stew.
  6. Kacau dan perasakan dengan garam. Lada hitam dan daun bawang. Kacau sebati semua bahan dan biarkan mendidih. Tambahkan krim dan perasakan dengan baik.