Resipi Soy Glazed Chicken

Resipi soy glazed chicken yang mudah disediakan untuk anda yang tidak punya masa untuk ke dapur.

Resipi soy glazed chicken yang mudah disediakan untuk anda yang tidak punya masa untuk ke dapur.

Resipi soy glazed chicken

Gambar Hiasan: Shutterstock

Bahan:

  • 7-8 ketul paha ayam
  • Sedikit garam dan lada sulah
  • 2 camca besar minyak
  • 2.5 cm halia, diparut/dicencang halus
  • 2 ulas bawang putih, dihancurkan
  • 4 tangkai daun bawang, dipotong pendek
  • Gula secukup rasa

Bahan Sos:

  • 1 camca besar madu
  • 6 camca besar air
  • 4 camca besar kicap cair
  • 1 camca besar kicap biasa (pekat)
  • 1 camca besar sos tiram

Cara Menyediakannya:

  1. Gaul paha ayam bersama garam dan lada sulah. Letak sebentar di atas kuali leper dengan api sederhana. Letak sebentar di atas kuali leper dengan api sederhana.
  2. Letak minyak masak dan biar sehingga ayam keperangan, angkat dan ketepikan.
  3. Sementara itu, bancuh madu bersama air, kicap air, kicap biasa dan sos tiram, ketepikan.
  4. Dengan menggunakan kuali yang sama, panaskan dua sudu besar minyak dan tumis halia, bawang putih dan daun bawang. Masak dua hingga tiga minit dan tuang campuran sos tadi.
  5. Masak sehingga sos pekat kemudian masukkan ayam. Gaul sebati. Perasakan dengna gula dna hias dengan cili merah dan daun bawang.