Resipi Sosej Pedas Bakar

Resipi sosej pedas bakar ini sangat mudah disediakan dan rasanya juga lazat.

Resipi sosej pedas bakar ini sangat mudah disediakan dan rasanya juga lazat.

resipi sosej pedas bakar

Bahan:

  • Tiga sosej, dihiris tebal
  • Enam kacang buncis
  • Tiga baby corn, dibelah dua
  • Satu epal merah, dipotong baji
  • Setengah lada benggala hijau, dipotong dadu
  • Setengah lada benggala kuning, dipotong dadu
  • Satu bawang long cipollini, dibelah dua
  • Dua setengah sudu besar mayones
  • Dua sudu kecil jus lemon
  • 20 ml minyak zaitun
  • 10 gm mentega
  • Satu tangkai rosmary
  • Dua tangkai cili kering (dikisar halus)
  • Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:

  1. Masukkan sosej yang telah dipotong ke dalam mangkuk. Kemudian, masukkan pula mayones, cili kering, garam dan jus lemon. Gaul rata dan biarkan selama 10 minit.
  2. Gaulkan kesemua sayuran dengan minyak zaitun dan garam
  3. Letakkan sayuran ke dalam kerajang aluminium dan masukkan pula sosej tadi
  4. Bungkus dan masak di dalam ketuhar pada suhu 230 darjah celcius selama 16 minit.
  5. Seelah masak, masukkan mentega dan rosmary. Gaul rata dan sedia untuk dihidang.