Resipi Sayur Rebus Dengan Bawang Putih Berlada

Jika ingin mengamalkan makanan berkhasiat, anda boleh cuba resipi  sayur rebus dengan bawang putih berlada ini.

Jika ingin mengamalkan makanan berkhasiat, anda boleh cuba resipi  sayur rebus dengan bawang putih berlada ini.

resipi  sayur rebus dengan bawang putih berlada

Gambar: Shutterstock

Bahan:

  • Satu sudu besar minyak zaitun
  • Satu sudu besar mentega
  • Tiga ulas bawang putih
  • Satu cili lada
  • Dua zukini
  • Satu lada bengala kuning
  • Satu lada bengala merah
  • Satu bawang merah
  • Garam dan lada secukup rasa

Cara Menyediakannya:

  1. Potong sayuran ke dalam saiz yang mudah untuk dimakan. Cincang bawang putih dan cili lada.
  2. Panaskan minyak zaitun dan mentega bersama dalam kuali besar. Goreng bawang putih dan cili lada yang telah dicincang selama lima minit.
  3. Tambahkan zukini, lada bengala kuning, lada bengala merah dan bawang merah. Masak, tutup dan reneh sayuran sehingga lembut. Tambahkan garam dan lada secukup rasa.