Resipi Sambal Masam Manis Nanas

Resipi Sambal Masam Manis Nanas yang sesuai dihidangkan sebagai hidangan sampingan.

Resipi Sambal Masam Manis Nanas yang sesuai dihidangkan sebagai hidangan sampingan.

Saiz Hidangan: Enam

Tempoh Penyediaan: 30 minit

Bahan:

  • Satu nanas, dipotong satu centimeter dan dibelah empat
  • 1/4 cawan minyak
  • 3/4 cawan air
  • Satu sudu besar gula merah
  • Dua sudu besar cuka
  • Satu sudu besar kicap manis
  • Garam secukup rasa
  • Bahan Kisar
  • 12 cili kering, direndam dalam air mendidih
  • Lapan bawang merah
  • Lima ulas bawang putih
  • ┬áDua centimeter cekur
  • Satu serai

Cara Membuatnya:

  1. Celur nanas sehingga empuk. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan air, gula, cuka dan kicap. Kacau rata.
  4. Apabila pekat sedikit, masukkan nanas dan garam secukup rasa.
  5. Kacau rata, kemudian angkat

*Sebagai alternatif, anda boleh langkau langkah dua hingga empat menggunakan pes ini untuk menyediakan hidangan sambal masam manis nanas.