Resipi Salmon Panggang Dengan Sos Manis Dan Pedas

Resipi salmon panggang dengan sos manis dan pedas yang sesuai bagi anda yang inginkan makanan yang berkhasiat.

Resipi salmon panggang dengan sos manis dan pedas yang sesuai bagi anda yang inginkan makanan yang berkhasiat.

Resipi salmon panggang dengan sos manis dan pedas

Gambar: Shutterstock

Bahan:

  • Dua sudu besar sos pedas (Hot Sauce)
  • Satu sudu besar gula perang gelap
  • Satu sudu teh paprika (smoked paprika)
  • 1/4 sudu teh lada merah
  • Dua sudu besar mayonis
  • Satu sudu besar kucai (dicincang halus)
  • Lapan batang saderi (dihiris nipis)
  • Setengah bawang merah kecil (dihiris nipis)
  • Empat lima-auns filet salmon yang dipotong kulit dengan ketebalan satu inci
  • Garam dan lada
  • Minyak sayuran untuk memanggang

Cara Menyediakannya:

  1. Panaskan pemanggang dengan api sederhana
  2. Campurkan sos pedas, gula perang, paprika, lada merah dalam mangkuk kecil. Pindahkan satu sudu campuran tersebut ke dalam mangkuk besar dan gaulkan dengan mayonis. Ketepikan baki sos tersebut. Masukkan bawang, saderi dan kucai ke dalam mangkuk yang berisi mayonis dan gaulkan sehingga sebati.
  3. Perap ikan salmon dengan menggunakan garam dan lada. Sapukan pemanggang dengan minyak sayuran. Letakkan salmon di atas pemanggang, kulit di atas, dan masak sehingga tanda pemanggang tersebut muncul di daging salmon dan ia mudah dialihkan dari pemanggang. Sapukan sos pada kedua-dua bahagian salmon ketika sedang memanggang. Teruskan memasak ikan dan sapukan dengan sos secara berkala sehingga sos meresap ke dalam ikan dan ia dimasak sepenuhnya selama 13 hingga 15 minit.
  4. Pindahkan filet salmon ke dalam pinggan dan hidangkan bersama daun saderi.
Sumber Resipi: Food Network