Resipi Salmon Bersos Dadih

Cuba resipi salmon bersos dadih ini

Hujung minggu ini, pasti ramai yang bercadang untuk membawa keluarga pergi berkelah. Lebih meriah perkelahan kalau anda boleh menyediakan hidangan ringkas tetapi menyelerakan. Lupakan seketika mihun, mi goreng atau nasi ayam. Cuba resipi salmon bersos dadih ini. Pasti ia akan melengkapkan saat indah bersama keluarga.

resipi salmon bersos dadih ini

Gambar Hiasan: Shutterstock

Bahan:

  • 1 keping ikan salmon
  • 1 camca teh emping cili
  • 1 camca teh serbuk lada hitam
  • 1 camca teh garam
  • 1 camca teh minyak jagung
  • Segenggam daun bayam
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak jagung
  • Sedikit garam

Bahan Sos:

  • 150 ml dadih
  • ½ camca teh emping cili
  • ½ camca teh lada hitam
  • ½ camca teh garam

Bahan Hiasan

  • Sedikit daun saderi, dihiris
  • Sedikit tomato ceri, untuk hiasan

Cara membuatnya:

  1. Lumurkan ikan bersama emping cili, garam, serbuk lada hitam dan minyak jagung.
  2. Panggang ikan sehingga masak, ketepikan.
  3. Celurkan daun bayam di dalam air panas yang diletakkan sedikit minyak jagung dan garam.
  4. Angkat dan sejat daun bayam, ketepikan.
  5. Campurkan semua bahan sos sehingga sebati dan tuangkan pada ikan salmon.
  6. Hidang ikan salmon bersama daun bayam, hirisan daun saderi dan tomato ceri.