Resipi Rendang Ayam Negeri Sembilan

Anda boleh mencuba resipi rendang ayam Negeri Sembilan ini.

Anda boleh mencuba resipi rendang ayam Negeri Sembilan ini.

Saiz Hidangan: Enam

Tempoh Penyediaan: 40 minit

Bahan:

  • Seekor ayam, dipotong kepada bahagian kecil
  • 19 cili api
  • Tiga bawang merah
  • Tiga bawang putih
  • Satu inci halia
  • Dua inci lengkuas
  • Dua inci kunyit hidup
  • Tiga serai, dipotong halus
  • Satu daun kunyit
  • Tiga daun limau purut
  • Satu kotak antan pekat
  • Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:

  1. Kisar cili, bawang, halia, lengkuas, kunyit dan serai bersama setengah cawan air.
  2. Kemudian masukkan ke dalam kuali bersama ayam. Masak sebentar hingga ayam separuh empuk.
  3. Masukkan santan dan daun limau purut. Masak hingga ayam empuk sepenuhnya. Kemudian perasakan dengan garam. Tambahkan sedikit air jika mahu rendang sedikit berkuah.
  4. Taburkan hirisan daun kunyit sebelum diangkat untuk dihidangkan.

*Sebagai alternatif lain, anda boleh sediakan juadah ini menggunakan pes yang memudahkan kerja memasak.