Resipi Pesamah Daging Berkerisik

Resipi Pesamah Daging Berkerisik yang mudah disediakan untuk dihidangkan kepada tetamu yang berkunjung ke rumah.

Resipi Pesamah Daging Berkerisik yang mudah disediakan untuk dihidangkan kepada tetamu yang berkunjung ke rumah.

Saiz Hidangan: Enam

Tempoh Penyediaan: 40 minit

Bahan:

  • Tiga sudu besar minyak sapi
  • 500g daging batang pinang, dipotong nipis
  • Dua cawan air
  • Dua sudu besar puri tomato
  • Tiga sudu besar kerisik
  • Setengah cawan susu cair + Satu sudu besar jus limau nipis, dicampur dan dibiar 10 minit
  • Dua daun limau purut dihiris halus
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya:

  1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan kisar.
  2. Apabila harum, masukkan pula daging. Kacau sehingga kering airnya
  3. Kemudian masukkan air dan masak hingga mendidih. Perlahankan api, tutup dan renehkan sehingga empuk
  4. Tambah puti tomato, kerisik, campuran susu, daun lima purut, garam dan gula
  5. Kaau dan masak lagi sehingga pekat.