Resipi Pasta Aglio Olio Dengan Bakon Daging Lembu Dan Sayuran Panggang

Cuba resipi pasta Aglio Olio daripada Chef Ili Sulaiman

Cuba resipi pasta Aglio Olio dengan bakon daging lembu dan sayuran panggang daripada Chef Ili Sulaiman ini.

Bahan:

  • 200 g pasta
  • 100 g bakon daging lembu
  • 1 terung
  • 1 zukini, dipotong kiub
  • 1 lada benggala merah
  • 4 ulas bawang putih, dihiris nipis
  • 3 cili padi, dicencang halus
  • 2 cawan rocket leaves
  • 8 sudu besar minyak zaitun
  • 1 lemon
  • Garam dan lada hitam

Cara Membuatnya:

  1. Masukkan garam ke dalam periuk berisi air dan didihkan pasta selama lapan ke 10 minit. Angkat pasta dan ketepikan. Simpan satu cawan air rebusan pasta.
  2. Bakar terung dan lada benggala menggunakan api dapur hingga ia bertukar kehitaman. Kemudian, letakkan di dalam mangkuk dan tutup sebelum tanggalkan kulit dan potong kecil.
  3. Masukkan minyak zaitun ke dalam kuali dan goreng bakon daging lembu hingga ranggup dan ketepikan.
  4. Di dalam kuali yang sama, tumis bawang putih dan cili padi. Kemudian diikuti dengan memasak zukini yang telah diperasakan dengan garam kira-kira lima minit.
  5. Di dalam mangkuk, gaulkan minyak bawang putih bersama zukini, lada benggala, terung dan pasta. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
  6. Untuk menghidang, letakkan pasta di dalam pinggan bersama sayuran. Taburkan bakon, rocket leaves, garam dan lemon.