Resipi Nasi Goreng Tom Yam Makanan Laut

Resipi nasi goreng tom yam dengan makanan laut yang pasti akan membuatkan keluarga berselera.

Resipi nasi goreng tom yam dengan makanan laut yang pasti akan membuatkan keluarga berselera.

Bahan:

  • Dua sudu besar Minyak Masak Bunga Matahari Mazola
  • Tiga ulas bawang putih, dicencang halus
  • Satu telur
  • 300g nasi putih
  • Tiga sudu besar pes tom yam
  • Dua sudu besar kicap masin cair
  • Setengah sudu kecil garam
  • 100g sayur pak choy
  • Satu sudu kecil minyak bijan
  • Cili dan daun pudina, untuk hiasan.

Bahan Makanan Laut Celup Tepung:

  • Empat udang besar, misai disimpan
  • 100 g siput lala
  • 100 g sotong, dikelar
  • Minyak masak untuk menggoreng

Bahan Adunan Tepung:

  • Lima sudu besar tepung gandum
  • Satu sudu besar tepung naik sendiri
  • Satu sudu kecil garam halus
  • Dua sudu kecil serbuk lada putih

Cara Menyediakannya:

  1. Panaskan dua sudu besar Minyak Masak Bunga Matahari Mazola dalam kuali dengan api sederhana.
  2. Tumis bawang putih sehingga garing. Pecahkan telur dan goreng hingga masak. Kemudian, perlahankan api dan masukkan nasi putih, pes tom yam, kicap dan garam. Kacau sehingga sebati.
  3. Naikkan api dan goreng selama satu minit. Kemudian masukkan pula sayur pak choy dan goreng sehingga sayur menjadi layu.
  4. Tutup api dan masukkan minyak bijan. Kacau lagi sekali, kemudian masukkan ke dalam acuan mangkuk leper.
  5. Untuk makanan laut goreng, bancuhkan bahan adunan tepung di dalam mangkuk bersama 250 ml air. Kacau sebati.
  6. Panaskan minyak dan celupkan udang, siput dan sotong ke dalam tepung dan gorengkan. Biarkan tepung menjadi separuh masak, angkat keluar daripada minyak dan celupkan semula ke dalam tepung sekali lagi. Goreng hingga rangup dan kekuningan.
  7. Hidangkan bersama Nasi Goreng yang telah siap tadi.