Resipi Nasi Buah Keluak Dengan Ikan Kod Stim

Anda boleh cuba resipi nasi buah keluak dengan ikan kod stim daripada Chef Sherson Lian dan ibunya.

Anda boleh cuba resipi nasi buah keluak dengan ikan kod stim daripada Chef Sherson Lian dan ibunya.

resipi nasi buah keluak dengan ikan kod stim

Bahan:

Untuk nasi buah keluak

  • 1 cawan buah keluak
  • 2 inci halia, dicencang
  • 6 ulas bawang putih, dicencang
  • 1 cawan cendawan shitake, dipotong nipis
  • 2 cawan beras Jepun
  • 1 sudu besar cuka beras
  • 4 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil minyak truffle
  • Garam dan lada secukup rasa

Untuk kod stim dengan pes spicy bean

  • 400 g filet ikan kod
  • 6 hirisan halia
  • 1 daun bawang
  • 1 sudu besar cuka beras
  • 1/2 sudu besar minyak bijan
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 1 1/2 sudu kecil lada putih
  • 1 sudu besar black fermented beans
  • 1 sudu besar taucu pedas
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 cili segar, dicencang
  • 1/2 sudu besar cuka beras

Cara Membuatnya:

Untuk nasi buah keluak

  1. Didihkan buah keluak sehingga lembut
  2. Kupas buah keluak dan potong dadu
  3. Tumis bawang putih, halia dan cendawan shitake hingga naik bau
  4. Kisar buah keluak selama 30 saat
  5. Kemudian masukkan buah keluak  dan beras. Kacau sebati.
  6.  Tambah cuka beras  dan kicap cair, teruskan kacau
  7. Pindahkan beras berkenaan ke dalam periuk nasi dan tambahkan air. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
  8. Setelah mendidih, tutup periuk nasi dan biarkan ia mereneh selama 20 minit.
  9. Kacau nasi dan masukkan minyak truffle. Sedia untuk dihidang.

Untuk kod stim dengan pes spicy bean

  1. Letakkan daun bawang dan halia di atas ikan kod
  2. Diikuti dengan cuka beras dan minyak bijan
  3. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Kukus ikan.
  4. Sementara ikan dikukus, kisar sedikit bawang putih dan halia. Tumiskan  di dalam kuali hingga naik bau
  5. Masukkan black beans dan taucu pedas. Kacau sebati.
  6. Kemudian masukkan daun bawang dan cili
  7. Buang daun bawang dan halia daripada ikan setelah tujuh ke lapan minit dikukus
  8.  Untuk menghidang, letakkan pes yang telah siap tadi di atas ikan. Taburkan bawang goreng.