Resipi Nasi Ayam Rempah Dan Sambal Cili

Pasti anda akan jilat jari!

Tiada siapa yang boleh menolak hidangan nasi ayam rempah dan sambal cili yang lazat ini.

Bahan untuk nasi:

  • 2 pot nasi dimasak seperti biasa
  • 2 sudu minyak masak
  • 1/2 sudu teh jintan manis dan jintan putih

Untuk ayam:

  • 3 keping dada ayam

Bahan untuk dikisar:

  • 3 serai
  • 1 sudu kecil ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 inci halia
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 hiris lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup

Bahan B:

  • 2 sudu kecil serbuk kari ayam
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • Garam secukup rasa
  • Setangkai daun kari

Sambal Cili

  • 5 cili merah
  • 5 cili padi
  • 2 asam limau
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Perap ayam yang sudah dibersihkan dengan bahan A yang sudah dikisar dan campurkan sekali bahan B.
  2. Biarkan seketika, kemudian goreng hingga masak keemasan warnanya.
  3. Masak dua pot nasi seperti biasa, masukkan minyak masa dan setengah sudu teh jintan manis dan jintan putih.
  4. Untuk sambal cili, kisar cili hijau dan cili merah, masukkan perahan asam limau dan perasakan dengan garam secukup rasa. Supaya ia tahan lama, didihkan seketika di atas api.