Resipi Nasi Ambeng

Menjadi hidangan tradisi Jawa, Nasi Ambeng kini menjadi hidangan kegemaran rakyat Malaysia.

Menjadi hidangan tradisi Jawa, Nasi Ambeng kini menjadi hidangan kegemaran rakyat Malaysia.

Saiz Hidangan: Empat

Tempoh Penyediaan: Dua Jam 30 minit

1 of 6

Ayam Semur

Bahan:

  • Satu ayam, dibelah dua memanjang
  • Empat bawang putih, dimayang halus
  • Empat bawang merah
  • Dua bawang besar, dihiris
  • Dua inci halia, dimayang halus
  • Dua inci kayu manis
  • Tiga bunga lawang
  • Dua cawan air
  • Setengah cawan kicap lemak manis
  • Setengah cawan minyak masak
  • Dua sudu lada sulah
  • Sekeping asam gelugur
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakannya:

  1. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia
  2. Kemudian masukkan kayu manis dan bunga lawang.
  3. Setelah itu, masukkan ayam dan biarkan ia mendidih seketika
  4. Tambahkan air, asam keping, kicap lemak manis dan lada sulah
  5. Tambahkan juga garam, gula secukup rasa, hirisan bawang besar dan biarkan sehingga masak.
1 of 6

Ayam Semur