Resipi Mufin Beri Biru

Hidangan manis menambat selera ramai.

Saiz hidangan: 12 biji
Tempoh penyediaan: 45 minit

Bahan-bahan:
½ cawan mentega
2 cawan tepung kek
½ cawan susu penuh krim
1 ¼ cawan gula
2 telur size A
1 sudu kecil esen vanila
½ sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk penaik
2 cawan beri biru
3 sudu kecil gula

Cara Membuatnya:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius.
2. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu dan tambahkan esen vanila. Kemudian masukkan tepung, garam dan serbuk penaik ke dalam adunan tadi diselang-selikan dengan susu.
3. Lenyekkan separuh daripada beri biru dengan garpu dan campurkan ke dalam adunan. Kemudian gaulkan adunan dengan lebihan beri biru.
4. Susun 12 cawan acuan mufin bersama pelapis kek cawan dan masukkan adunan. Taburkan gula ke atas mufin dan bakar selama 30 ke 35 minit.
5. Keluarkan mufin daripada acuan dan biarkan sejuk selama 30 minit sebelum menghidang.

Resipi: Laurent Lherisson, Executive Chef & Razali Idris, Executive Sous Chef dari Grand Millennium Kuala Lumpur