Resipi Mi Udang Stail Oriental

Resipi Mi Udang yang mudah disediakan untuk seisi keluarga

Resipi Mi Udang yang mudah disediakan untuk seisi keluarga.

Bahan Pes Sambal Cili:

  • 10 cili kering direndam bersama air panas
  • Lapan bawang merah
  • Enam ulas bawang putih
  • Satu sudu kecil udang kering
  • Satu inci belacan
  • Bahan Stok Udang:
  • Lapan udang, diambil kulitnya sahaja ( isi udang boleh dicelur untuk dimakan bersama)
  • Satu sudu besar udang kering
  • Satu kiub pati ayam

Bahan Celur:

  • Mi Kuning
  • Udang
  • Kek Ikan
  • Sayur kangkung
  • Tauge

Bahan Lain: 

  • Telur rebus

Cara Membuat Pes Sambal Cili:

Kisar semua bahan. Panaskan minyak dan tuangkan bahan kisar. Goreng hingga garing dan naik minyak. Perasakan dengan garam dan gula.

Cara Membuatnya:

  1. Masukkan kulit udang dan udang kering ke dalam periuk dan tuangkan lima cawan air.
  2. Renehkan selama lebih kurang 30 minit. Biarkan stok sejuk seketika. Kemudian, masukkan ke dalam pengisar dan kisar halus.
  3. Nyalakan api dapur dan tapiskan kulit udang yang telah dikisar halus tadi, ambil airnya sahaja di dalam periuk.
  4. Masukkan kiub pati ayam dan tambahkan air secukupnya. Masukkan satu senduk pes sambal cili yang telah disiapkan tadi. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Masukkan mi kuning ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah mi kuning dan hiaskan dengan bahan celur dan telur rebus.

*Anda boleh gunakan pes Deli Mas Tumisan Mi Udang ini sebagai alternatif untuk memudahkan proses memasak daripada langkah satu hingga empat.