Resipi Mi Sup Ala Vietnam

Cuba hidangan baru untuk keluarga dengan resipi mi sup ala Vietnam ini.

Cuba hidangan baru untuk keluarga dengan resipi mi sup ala Vietnam ini.

resipi mi sup ala Vietnam

Bahan:

  • 400 g mi beras segar
  • 300 g filet daging lembu
  • 300 g brisket daging lembu
  • 2.5 kg tulang daging lembu
  • 100 g daun bawang
  • 100 g ketumbar
  • 40 g halia
  • 40 g bawang merah
  • 15 ml sos ikan
  • 15 g daun basil
  • 40 g bawang besar
  • 10 g kayu manis
  • 10 g bunga lawang
  • 10 g biji buah pegaga
  • 10 g garam
  • 10 g gula
  • 3 limau
  • 3 cili
  • 15 ml sos cili

Cara Menyediakannya: 

  1. Rendam tulang lembu di dalam air untuk mengeluarkan darah. Kemudian, panggang di dalam ketuhar hingga warna bertukar sedikit keemasan.
  2. Letakkannya di dalam periuk bersama air sejuk dan tambah sedikit halia
  3. Kemudian rebus selama kira-kira lima jam, kemudian tambahkan brisket daging lembu dan reneh sehingga masak. Keluarkan daging dan hiris nipis.
  4. Tumis bawang besar, bawang merah, halia, kayu manis, biji buah pelaga dan bungan lawang hingga harum. Masukkan kesemua rempah ke dalam stok daging lembu tadi.
  5. Masukkan sos ikan, gula dan juga garam
  6. Rebus daging lembu di dalam sup dan tambah brisket daging lembu yang telah dihiris, mi beras dan kesemua herba.
  7. Hidangkan panas dengan limau, hirisan cili dan sos cili.
Resipi ini diterbitkan dalam Majalah Jelita edisi Oktober 2017