Resipi Makaroni Dan Keju

Anda boleh cuba resipi makaroni dan keju ini untuk anak. Pasti mereka akan menyukainya.

Bekalkan anak anda dengan makanan yang berkhasiat. Anda boleh cuba resipi makaroni dan keju ini untuk anak. Pasti mereka akan menyukainya.

resipi makaroni dan keju

Bahan:

  • 150 g makaroni, direbus dan ditoskan
  • 1 cawan susu segar
  • 1/3 cawan keju cheddar
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu besar mentega
  • Sedikit garam dan lada sulah

Cara Menyediakannya:

  1. Gaulkan makaroni yang masih panas dengan sedikit mentega, ketepikan.
  2. Cairkan mentega dan masukkan tepung dan kacau selama lebih kurang satu minit.
  3. Masukkan susu sedikit demi sedikit dan kacau hingga ia berbuih atau mendidih
  4. Tutup api dan masukkan keju cheddar
  5. Masukkan makaroni ke dalam kuali dan gaul sebati
  6. Hidangkan bersama parutan keju di atasnya.