Resipi Makanan Laut Campuran

Amat mudah disediakan, waktu makan sekeluarga pasti ceria dengan hidangan ini.

Resipi makanan laut campuran ini sangat mudah untuk disediakan.

Bahan:

  • 300g udang
  • 6bebola ikan
  • 1 sotong, dipotong ikan
  • 300g lala
  • 1 jagung, dipotong dua
  • 2 sudu kecil thyme
  • 2 sudu besar mentega
  • 4 sudu besar minyak zaitun
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 hiris limau nipis

Cara Membuatnya:

  1. Bersihkan kesemua makanan laut dan masukkan ke dalam mangkuk
  2. Gaul semua bahan hingga rata. Kemudian, masukkan ke dalam kerajang aluminium. Biarkan selama 15 minit.
  3. Setelah itu, bakar di dalam ketuhar dengan suhu 230 darjah Celcius selama 20 minit.
  4. Setelah masak, gaulkan dengan mentega.

Sos Manis Masam

  • 1 1/2 sudu kecil kikkoman
  • 1 sudu besar soso cair
  • 1/2 sudu besar gula perang
  • 1 sudu kecil sos makanan laut Thai
  • 1/2 sudu besar jus lemon
  • 2 sudu kecil madu
  • 20 ml minyak zaitun
  • Parutan kulit limau nipis

Cara Membuatnya:

Campurkan semua bahan dan gaul sebati. Hidangkan bersama makanan laut ini.