Resipi Lamb Chop Dengan Sos Lada Hitam

Cuba resipi lamb chop dengan sos lada hitam yang enak ini.

Cuba resipi lamb chop dengan sos lada hitam yang enak ini.

Gambar: Shutterstock

Bahan:

  • Empat keping daging kambing
  • Setengah kiub ayam
  • Dua sudu besar sos tiram
  • Dua sudu besar kicap manis
  • Tiga ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
  • Satu cm halia (ditumbuk kasar)
  • Lada hitam, lada sulah, rosemery, tyme dan oregano
  • Sedikit minyak zaitun

Cara Menyediakannya:

  1. Bersihkan daging dan toskan.
  2. Ketuk sedikit pada bahagian daging kambing supaya daging tidak liat.
  3. Lumurkan kepingan daging kambing dengan kiub ayam, diikuti dengan herba (lada hitam, rosemary, oregano, tyme dan herba campuran)
  4. Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis
  5. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan yang telah ditumbik.
  6. Letakkan sedikit minyak zaitun supaya daging tidak kering
  7. Perap daging paling kurang selama sejam. Untuk rasa yang lebih enak, perap daging semalaman.
  8. Bakar daging sehingga masak. Gunakan api yang kecil supaya daging tidak hangus.

Bahan Sos Lada Hitam:

  • Satu bawang besar Holland (dicincang halus)
  • Empat sudu besar tepung gandum
  • Satu kiub ayam
  • Dua sudu besar sos tiram
  • Dua sudu besar kicap manis
  • Empat sudu besar sos lada hitam
  • Dua sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
  • Tiga cawan air
  • Dua sudu besar mentega

Cara Menyediakannya:

  1. Cairkan mentega dalam periuk/kuali, tumis bawang besar hingga layu dan wangi.
  2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap
  3. Masukkan tepung gandum dan kacau selalu supaya tepung tidak menjadi ketulan
  4. Masukkan air dan kacau sebati. Kemudian masukkan kiub ayam.
  5. Masukkan sos lada hitam, sos tiram dan kicap. Kacau sebati.
  6. Sesuaikan sos dengan citarasa anda. Jika anda inginkan sos yang lebih gelap, tambahkan sukatan kicap