Resipi Kek Lobak Merah

Rugi jika anda tidak cuba kek lobak merah yang enak ini!

Resipi manisan ini sangat mudah untuk disediakan dan yang paling penting anak anda pasti akan sukakannya.

Bahan-Bahan

  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
  • 220 g tepung naik sendiri
  • 150 g gula perang
  • 100 g lobak merah disagat
  • 50 g kismis
  • 50 g walnut (dicincang)
  • 4 telur
  • 250 ml minyak jagung

Cara Penyediaan: 

  1. Pukul telur dan minyak hingga kembang. Masukkan sekali esen vanila.
  2. Dalam bekas lain, ayak tepung bersama gula, serbuk kulit kayu manis. Masukkan sekali lobak merah yang disagat, kismis dan walnut yang sudah dicincang.
  3. Tuang adunan telur dan minyak ke dalam adunan tepung. Gaul sebati, tuang ke dalam loyang saiz sederhana dan bakar pada suhu 150 sehingga 170 darjah Celcius sehingga warna permukaan kek bertukar keperangan.