Resipi Kek Cawan Red Velvet

Hidangan pencuci mulut yang pasti akan membuatkan anak anda gembira. Cuba resipi kek cawan red velvet ini

Hidangan pencuci mulut yang pasti akan membuatkan anak anda gembira. Cuba resipi kek cawan red velvet ini.

Resipi Kek Cawan Red Velvet

Gambar: Shutterstock

Bahan:

  • 150 g gula
  • 150 g tepung gandum
  • 100 ml susu
  • 100 g mentega
  • Satu telur
  • Dua sudu besar serbuk koko
  • Satu sudu besar pewarna makanan merah
  • Satu sudu besar cuka
  • Satu sudu teh sebuk penaik
  • Ekstrak vanila
  • Garam
  • Gula serbuk untuk hiasan

Cara Menyediakannya:

  1. Sejukkan mentega dan telur mengikut suhu bilik.
  2. Campurkan mentega, gula dan vanila ke dalam mangkuk.
  3. Pukul bahan tersebut sehingga teksturnya bertukar ringan dan lembut.
  4. Tambahkan telur dan pukul lagi dalam kelajuan rendah. Pukul sehingga adunan licin dan berkrim.
  5. Campurkan susu, cuka dan pewarna makanan dalam mangkuk lain.
  6. Secara berasingan, campurkan bahan kering: tepung, serbuk koko, serbuk penaik dan garam.
  7. Tambahkan 1/3 campuran kering ke dalam adunan dan gaulkan. Kemudian tambahkan 1/3 susu dan gaulkan dengan teliti.
  8. Masukkan keseluruhan bahan kering dan susu dengan cara yang sama seperti di atas.  Apabila mencampurkan semua bahan, pukul adunan menggunakan mixer untuk mengelakkan ketulan.
  9. Letakkan cawan kertas dalam acuan. Isikan cawan kertas dengan adunan.
  10. Bakar kek selama 20 hingga 25 minit pada 170 darjah celcius. Untuk membuat kek yang lebih lembut, ia adalah penting untuk anda masak kek ini tanpa melebihi suhu ini.
  11. Apabila selesai, keluarkan kek daripada acuan dan taburkan separuh serbuk gula. Biarkan kek sejuk dan kemudian taburkan lagi dengan serbuk gula untuk membuat kerak manis.