Resipi Karipap Ayam

Ini resipi kuih karipap ayam yang mudah untuk anda cuba.

Antara makanan yang menjadi kegemaran ramai adalah karipap. Keunikan makanan ini adalah ia mempunyai inti yang berbeza seperti ayam, kentang , udang kering, daging dan banyak lagi. Ini resipi kuih karipap ayam yang mudah untuk anda cuba.

Gambar: Shutterstock

Bahan:

  • 1 sudu makan minyak sayuran
  • 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • 1/2 sudu serbuk jintan putih
  • 2 sudu makan serbuk kari
  • 1/2 cawan santan, atau lebih jika diperlukan
  • 2 bawang merah, dipotong
  • 1 genggam serai, dihiris nipis
  • 1 lada cili merah, dicincang kasar
  • 1 kentang besar, dipotong dadu
  • 3/4 paun ayam tanpa kulit dan tanpa tulang, potong dalam saiz yang mudah dimakan.
  • 1 sudu teh garam
  • 1 (17. 25 auns) pastri karipap beku

Cara Menyediakannya:

  1. Panaskan minyak sayuran dalam kuali di atas api sederhana. Kacau serbuk ketumbar, kunyit, jintan putih dan kari. Masak beberapa saat sehingga harum. Tuangkan santan, serai, bawang merah dan lada merah, masak sehingga sayuran lembut kira-kira tujuh minit. Kacau bahan bersama kentang dan teruskan memasak selama 12 minit, tambahkan lagi santan di dalam campuran sekiranya ia kering. Kacau bersama ayam dan perasakan dengan garam. Masak dan kacaukan sehingga ayam dan kentang telah menyerap sebahagian daripada sos, kemudian tuangkan campuran di atas pinggan untuk sejukkan.
  2. Panaskan ketuhar pada 375 darjah Fahrenheit (190 darjah celcius). Letakkan dua kertas membakar dengan kertas minyak.
  3. Letakkan pastri karipap dan potong setiap helaia menjadi sembilan petang. Letakkan satu sudu isi di bahagian tengah petak pastri yang sudah dipotong. Ambil empat penjuru pastri dan picitkan ia di bahagian tengah agar membentuk kantung kecil. Letakkan pastri pada kertas memasak dengan jarak satu inci.
  4. Bakar dalam ketuhar yang dipanaskan sehingga ia bertukar warna coklat keemasan selama 22 hingga 27 minit. Sebukkan pada lembaran pembakar selama 10 minit sebelum dialihkan untuk disejukkan di atas rak dawai. Hidangkan panas bersama secawan teh atau kopi.
Sumber resipi: Allrecipes.com