Resipi Itik Sour Plum

Resipi itik sour plum yang lazat untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Resipi itik sour plum yang lazat untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Resipi itik sour plum

Bahan:

  • Satu itik, dipotong kecil
  • Satu botol sos sour plum
  • 150 g halia
  • 80 g bawang merah
  • 50 g bawang putih
  • Tiga asam keping
  • Lima sudu besar kicap air
  • Satu setengah sudu kecil garam
  • Satu sudu kecil lada hitam
  • Dua sudu kecil kicap pekat

Cara Membuatnya:

  1. Saute halia di dalam kuali selama beberapa minit
  2. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Saute hingga naik bau
  3. Kemudian, masukkan itik dan teruskan memasak hingga jus yang keluar daripada itik menyejat
  4. Tambahkan sos sour plum, kicap cair dan kicap pekat. Kacau rata.
  5. Masukkan air sehingga itik tenggelam. Kemudian, masukkan asam keping dan biarkan mendidih
  6. Tutup kuali. Biarkan rendidih dengan api perlahan selama 30 ke 40 minit sehingga itik lembut dan kuah mejadi pekat. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
  7. Biarkan selama beberapa jam sebelum dihidang bersama nasi panas.