Resipi Itik Rempah Mediterranean

Bahan ringkas yang diolah menjadi variasi resipi itik rempah mediterranean.

Bahan ringkas yang diolah menjadi variasi resipi itik rempah mediterranean.


Saiz hidangan: 4
Tempoh penyediaan: 2 jam

Bahan-bahan:

600g dada itik
2 tangkai rosemary
2 tangkai thyme
1 daun bay
1 lemon
1 sudu kecil paprika manis
½ cawan buah zaitun
1 cawan tomato, dicencang
1 cawan stok ayam
4 ulas bawang putih, dicencang
1 bawang besar, dicencang
20g kismis / prune
4 sudu besar Minyak Masak Canola Mazola
2 ubi kentang russet, dikupas dan dikukus hingga lembut
10g mentega tanpa garam
Garam dan lada hitam

Cara Membuatnya:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah Celsius.
  2. Masukkan Minyak Masak Canola Mazola ke dalam kuali dan masak itik dengan kulitnya di bawah terlebih dahulu. Masak selama satu ke dua minit untuk setiap bahagian. Ketepikan.
  3. Di dalam kuali yang sama, tumis bawang besar dan bawang putih selama enam minit hingga perang keemasan sebelum menambah herba dan paprika. Kacau rata selama beberapa minit. Kemudian tambahkan tomato dan stok ayam. Perasakan dengan garam dan lada hitam, dan masukkan kismis dan separuh daripada buah zaitun.
  4. Letakkan sos tomato ke dalam dulang pembakar dan letakkan itik di atasnya. Masak di dalam ketuhar selama satu jam 30 minit.
  5. Kukus ubi kentang russet dan lenyek menggunakan garpu. Tambahkan mentega dan perasakan dengan garam dan lada hitam.
  6. Setelah itik siap dimasak, keluarkan isi daripada tulang. Hidangkan bersama sos dan ubi kentang lenyek tadi bersama sedikit taburan rosemary.