Resipi Ikan Tongkol Masak Penachi

Resipi ikan tongkol masak penachi pasti enak dihidangkan bersama nasi panas.

Resipi ikan tongkol masak penachi pasti enak dihidangkan bersama nasi panas.

Saiz Hidangan: Empat

Tempoh Penyediaan: 40 minit

Bahan:

  • 500 gm (ikan tongkol)
  • 10 bawang putih
  • Lima bawang merah
  • Tiga bawang besar, dihiris
  • Tiga inci halia
  • 1/3 cawan cili kering, dikisar
  • Empat sudu kicap manis
  • sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula
  • Dua cawan minyak masak untuk menggoreng
  • Setengah cawan air

Cara Membuatnya:

  1. Bersihkan ikan tongkol dan gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak.
  2. Kisarkan bawang putih, bawang merah dan halia.
  3. Dengan enam sudu minyak, tumis bahan tadi. Setelah wangi, tambahkan cili kering yang telah dikisar. Tambahkan garam, gula, air asam jawa dan kicap manis.
  4. Kemudian masukkan hirisan bawang besar dan tambahkan setengah cawan air. Biarkan seketika hingga masak.

*Sebagai alternatif lain, anda boleh sediakan juadah ini menggunakan pes yang memudahkan kerja memasak.