Resipi Fajitas Ayam Sedap

Juadah dimasak dengan kerajang aluminium yang mudah untuk disediakan.

Saiz hidangan: 4
Tempoh penyediaan: 50 minit

Bahan-bahan:
Bahan A
400g dada ayam, dipotong dadu
2 sudu kecil cajun
3 sudu kecil paprika
1 sudu kecil lada hitam
1½ sudu kecil garam
2 sudu kecil stok ayam
30ml minyak zaitun
2 ulas bawang putih, dicencang halus
2 sudu kecil serbuk kari
½ sudu kecil serbuk ketumbar

Bahan B
½ lada benggala kuning, dipotong dadu
½ lada benggala merah, dipotong dadu
½ lada benggala hijau, dipotong dadu
1 ubi kentang merah, dipotong dadu
1 bawang long cipollini onion, dibelah dua
1 hirisan lemon
Garam secukup rasa
1 sudu kecil lada hitam
20ml minyak zaitun

Cara Membuatnya:
1. Gaul sebati kesemua bahan A di dalam mangkuk dan biarkan selama 30 minit.
2. Kemudian gaul pula kesemua bahan B dan masukkan ke dalam kerajang aluminium. Masukkan sekali bahan A.
3. Bungkus kemas dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 240 darjah Celsius selama 20 minit.

Bahan Sos Aioli:
4 sudu besar mayones
2 gherkin, dicencang halus
2 ulas bawang putih, dicencang halus
½ sudu besar jus lemon
30ml minyak zaitun
Garam secukup rasa

*Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati. Hidangkan bersama fajitas.

Resipi: Chef Rusman Sudirman