Resipi Daging Kukus

Resipi daging kukus untuk anda cuba dan hidangkan kepada ahli keluarga

Resipi daging kukus untuk anda cuba dan hidangkan kepada ahli keluarga.

Resipi daging kukus

Gambar Hiasan: Shutterstock

Bahan:

  • 200 g daging, dipotong nipis
  • 1 sudu teh kicap cair
  • 1/2 sudu teh kicap biasa (pekat)
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh cuka
  • 1/2 susu teh serbuk lada sulah
  • Satu sudu teah tepung jagung
  • 1/2 sudu teh bawang putih yang dicincang halus
  • Garam secukup rasa

Cara Menyediakannya:

  1. Perap daging bersama semua bahan selama tiga jam.
  2. Panaskan pengukus dan kukus daging sehingga masak.
  3. Anda boleh tuang sedikit minyak bijan ke atas daging untuk mendapatkan bau harum dan nampak berkilat.
  4. Hias dengan hirisan daun bawang dan cili merah

 

*Resipi ini disiarkan dalam Majalah Jelita edisi Mei 2015