Resipi Daging Bulgogi Ala Korea

Buat peminat masakan Korea, anda boleh cuba resipi daging bulgogi ala Korea ini.

Buat peminat masakan Korea, anda boleh cuba resipi daging bulgogi ala Korea ini.

resipi daging bulgogi

Gambar Hiasan: Shutterstock

Bahan:

  • 2 paun daging lembu tanpa lemak
  • 1/2 cawan kicap cair
  • 1/4 cawan kicap pekat
  • 1/2 cawan air
  • 3 sudu besar bawang dicincang halus
  • 3 sudu teh bawang putih yang dihancurkan
  • 2 sudu teh halia yang dicincang halus
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu gula
  • 2 sudu besar biji bijan putih, panggang dan dikisar
  • 1 sudu minyak bijan

Cara Menyediakannya:

  1. Potong daging kepada kepingan nipis. Kemudian, potong lagi secara memanjang.
  2. Campurkan kicap, minyak bijan, bawang putih, halia, lada atau cili, biji bijan dan bawang.
  3. Perap daging lembu sekurangnya tiga jam, masukkan ke dalam peti sejuk.
  4. Keluarkan daging lembu daripada bahan perap. Masak daging mengikut citarasa anda sendiri.
  5. Hidangkan bersama dengan nasi panas.
Resipi: Food Network Asia