Resipi Churros Bergula

Resipi Churros Bergula yang boleh anda cuba untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah.

Resipi Churros Bergula yang boleh anda cuba untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah.

Saiz Hidangan: Empat

Tempoh Penyediaan: 30 minit

Bahan:

  • Satu cawan air
  • Lima sudu besar mentega
  • Satu sudu besar gula
  • 1/4 sudu kecil garam
  • Satu cawan tepung pelbagai guna
  • Dua telur
  • Satu sudu kecil ekstrak vanila
  • Empat cawan Minyak Masak Jagung Mazola untuk menggoreng
  • 1/4 cawan gula
  • Setengah sudu kecil serbuk kayu manis

Cara Membuatnya:

  1. Masukkan air, mentega, gula dan garam di dalam periuk. Kacau rata sehingga mentega cair dan air mendidih.
  2. Padamkan api apabila air mendidih dan masukkan tepung. Gaul sehingga menjadi doh. Alihkan doh ke dalam mangkuk pengadun dan biarkan sejuk selama lima minit.
  3. Di dalam mangkuk kecil, pukul telur bersama ekstrak vanila. Setelah itu, masukkan ke dalam mangkuk pengadun tadi. Putar sehingga ia menjadi tebal dan lembut.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali hingga mencecah suhu 170 darjah celcius.
  5. Sediakan beg pastri dengan doh sementara menunggu minyak panas.
  6. Picit doh masuk ke dalam Minyak Masak Jagung Mazola panas dan masak selama tiga ke empat minit. Keluarkan dan letak di atas kertas tisu untuk membuang minyak berlebihan.
  7. Kemudian, salut churros bersama gula dan serbuk kayu manis