Resipi Burger Keju Mudah Disediakan

Anda boleh cuba resipi burger keju ini untuk pikat selera makan anak

Kanak-kanak memang gemar makan makanan segera terutama sekali burger keju yang dijual di restoran makanan segera. Kini,  tidak perlu lagi pergi ke restoran makanan segera, anda boleh cuba resipi burger keju ini untuk pikat selera makan anak.

Bahan

  • 1 1/2 paun daging lembu
  • Garam kosher dan  lada
  • 4 roti bijan lembut, potong dua
  • 8 keping keju
  • Salad dan hirisan tomato

Cara Menyediakannya:

  1. Taburkan 1/2 sudu teh garam di atas daging yang diletakkan dalam mangkuk besar dan gaulkan sehingga sebati. Dengan perlahan-lahan, bentukkan daging menjadi empat bola. Kemudian tekan daging sehingga ia menjadi burger dalam empat inci lebar, satu inci tebal. Buat lekukan dengan lebar dua inci di tengah burger menggunakan ibu jari unutk menghalang burger dari mengembang semasa dipanggang.
  2. Panaskan pemanggang menggunakan api yang tinggi. Perasakan burger dengan garam dan lada. Panggang daging burger sehingga bahagian bawah daging bertanda selama tiga hingga lima minit.  Pusingkan daging dan panggang bahagian yang lain sehingga ia bertanda dan keras selama tiga hingga lima minit lagi. Anda juga boleh meletakkan dua keping keju pada dua minit terakhir dan tutup dengan menggunakan kertas aluminium untuk pastikan keju cair.
  3. Hidangkan daging burger di atas roti, letakkan salad dan tomato di atas dan akhiri dengan roti.
Resipi: Food Network