Resipi Biskut Sedap Untuk Rumah Terbuka – Fudge Brownie Cookies

Pasti tetamu terngiang akan kelazatannya.

Bakar biskut sendiri sebenarnya lebih mudah dan menjimatkan duit daripada membeli di luar. Sambil-sambil anda membakar biskut, boleh juga membakar kalori terkumpul sepanjang musim raya ini kan?

Saiz hidangan: 6
Tempoh penyediaan: 40 minit

Bahan-bahan:
½ cawan mentega, dipotong menjadi ketulan
12 auns cip coklat
3 telur
1 cawan + 2 sudu besar gula
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil ekstrak vanila
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk penaik
¾ cawan tepung
½ cawan cip coklat putih
Sedikit coklat M&M

Cara Membuatnya:
1. Dengan kaedah double boiling, cairkan mentega dan cip coklat. Kacau rata sehingga cair.
2. Sementara itu, pukul telur, serbuk koko dan gula. Tambah campuran coklat cair tadi dan sebatikan.
3. Kemudian masukkan pula ekstrak vanila, garam dan serbuk penaik. Gaul rata. Tambah tepung dan gaul lagi, diikuti dengan cip coklat putih.
4. Cedok satu sudu penuh adunan ke atas dulang pembakar dan taburkan sedikit coklat M&M. Bakar selama 10 ke 12 minit pada suhu 180 darjah Celsius.

Resipi: KEK&Co.