Resipi Biskut Jakarta

Biskut Raya unik dan mudah untuk anda sediakan.

Saiz hidangan: 80 biji
Tempoh penyediaan: 45 minit

Bahan-bahan:
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi

Bahan B
1 cawan mentega
1 cawan gula kastor
1 telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
½ sudu besar minyak sayuran

Bahan C (Inti)
1 cawan kelapa parut putih
1 telur gred C
2 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung jagung
½ sudu kecil esen ros

Bahan Hiasan
Ceri merah dan hijau

Cara Membuatnya:
1) Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius. Susunkan kertas mufin mini di dalam loyang. Kemudian lenserkan sedikit mentega di dalam kertas mufin.
2) Putarkan bahan B hingga sebati. Kemudian masukkan kesemua bahan A yang telah diayak bersama dan gaul sebati hingga menjadi doh lembut.
3) Canaikan adunan doh yang telah siap dan terap dengan acuan berbentuk bunga. Selepas itu, letakkan kedalam kertas mufin mini dan naikkan kelopak bunga itu pada dinding kertas, tekan-tekankan sedikit. Lakukan hingga habis.
4) Seterusnya, gaulkan bahan C hingga sebati. Masukkan sedikit campuran kelapa tersebut ke dalam doh bunga tadi. Hiaskan dengan ceri merah dan hijau.
5) Bakar hingga masak selama 15 ke 20 minit.