Resipi Ayam Panggang Bersama Puding Yorkshire

Anda boleh cuba resipi ayam panggang bersama puding Yorkshire jika inginkan hidangan barat yang enak.

Anda boleh cuba resipi ayam panggang bersama puding Yorkshire jika inginkan hidangan barat yang enak.

resipi ayam panggang bersama puding Yorkshire

Bahan Ayam Panggang Serai

  • 1 ayam dipotong empat
  • 1/2 sudu garam

Bahan Pes Rempah

  • 4 serai
  • 5cm kunyit hidup/ 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 10 cili kering, direndam hingga lembut
  • 1 bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar santan
  • 2 sudu besar madu
  • Jus daripada sebiji limau nipis
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara Membuatnya:

  1. Kisar kesemua bahan pesr rempah bersama 100 ml air hingga halus.
  2. Kemudian, letakkan ayam di atas dulang pembakar dan sapu dengan garam.
  3. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius.
  4. Lumurkan pes remapah ke atas ayam dan perap selama 30 minit
  5. Bakar ayam di dalam ketuhar selama 40 minit.
  6. Keluarkan ayam daripada ketuhar.
  7. Kemudian gunakan sudu untuk tuangkan jus ayam di dalam dulang ke atas ketulan ayam yang telah siap masak. Tutup dulang dengan kerajang aluminium dan biarkan selama 10 minit sebelum dihidangkan.

Bahan untuk Puding Yorkshire

  • 140 g tepung gandum
  • 4 telur
  • 200 ml susu segar
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Minyak masak

Cara Membuatnya: 

  1. Masukkan tepung dan telur ke dalam mangkuk. Pukul hingga sebati.
  2. Kemudian, masukkan  susu sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan garam dan lada hitam. Kacau lagi hingga sebati dan tuangkan adunan ke dalam jug.
  4. Panaskan ketuhar pada suhu 215 darjah celcius  selama 15 minit
  5. Tuangkan minyak masak ke dalam acuan mufin sebanyak 1/4 daripada ketinggian acuan. Kemudian, masukkan ke dalam ketuhar selama lima minit.
  6. Setelah itu, keluarkan acuan mufin daripada ketuhar dan tuangkan adunan puding hingga hampir penuh di dalam acuan.
  7. Bakar selama 20 minit atau sehingga puding naik dan bertukar garing.
  8. Keluarkan puding daripada ketuhar dan biarkan selama lima minit di dalam acuan sebelum dikeluarkan supaya puding tidak mengecut.

Bahan untuk Kuah Ayam

  • 600 ml stok ayam
  • 30 g tepung gandum
  • 1 bawang besar, dicencang halus
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam dan lada hitam secukupnya

Cara Membuatnya:

  1. Masukkan tepung dan sos tiram ke dalam stok ayam. Kacau sehingga sebati.
  2. Panaskan kuali leper dengan api sederhana dan cairkan mentega
  3. Goreng bawang besar hingga garing. Kemudian, masukkan larutan stok ayam, sos tiram dan juga tepung.
  4. Masukkan pula garam dan lada hitam. Masak hingga kuah menjadi pekat. Jangan biarkan mendidih.
  5. Alihkan ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus. Kuah sedia untuk dihidangkan.

Bahan untuk Coleslaw Kobis

  • 1/2 kobis ungu, dihiris halus
  • 1 bawang besar, dicencang dadu
  • 1 ulas bawang putih, dicencang halus
  • 2 sudu besar minyak kelapa atau minyak zaitun
  •  Jus daripada sebiji lemon
  • 4 sudu besar mayones
  • Garam dan lada hitam secukup rasa.

Cara Membuatnya:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar dan gaul rata
  2. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dihidangkan.

Bahan untuk Kentang Goreng

  • 500 g ubi kentang, dikupas dan dipotong memanjang
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:

  1. Rendamkan ubi  di dalam air sejuk selama 30 minit.
  2. Setelah direndam, tos dan keringkan sebelum digoreng
  3. Panaskan minyak dan goreng ubi selama 10 minit.
  4. Angkat dan keringkan minyak. Gaulkan dengan garam secukup rasa