Resipi Ayam Masak Merah

Resipi ayam masak merah yang pasti memikat selera

Tidak lama lagi, semua umat Muslim akan menyambut bulan suci Ramadan. Memikirkan juadah berbuka puasa pasti akan merunsingkan si ibu tetapi jangan risau kerana Jelita akan kongsikan beberapa resipi menarik sebagai menu berbuka puasa yang boleh anda cuba seperti resipi ayam masak merah ini.

Ayam Masak Merah

Gambar: urbanadventures.com (Google)

Bahan:

  • 1/2 ayam
  • Secubit serbuk kunyit

Bahan untuk dikisar:

  • 4-5 keping cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • Sebiji bawang merah
  • Sebiji tomato (dipotong ke bentuk kiub)
  • 1/2 cawan sos tomato

Bahan hiasan:

  • 1/2 bawang merah (dihiris)

Cara Menyediakannya:

  1. Cuci ayam dan cincang ke bahagian-bahagian lebih kecil.
  2. Perap ayam di dalam serbuk kunyit dan goreng sehingga ia 2/3 masak.
  3. Tidak termasuk tomato yang dipotong dan sos tomato, tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga berbau wangi.
  4. Masukkan tomato yang telah dipotong dan sos tomato, tumis sehingga lapisan minyak terbentuk.
  5. Masukkan ayam dan biarkan sehingga sos berkurangan. Kacau campuran sekali-sekala.
  6. Selepas sos telah berkurangan, masukkan bahan hiasan dan biarkan ia reneh selama 1-2 minit sebelum memadamkan api.