Resipi Ais Krim Cookies and Cream

Hujung minggu ini anda boleh cuba resipi ais krim cookies and cream ini. Anak anda pasti akan menyukainya.

Hujung minggu ini anda boleh cuba resipi ais krim cookies and cream ini. Anak anda pasti akan menyukainya.

resipi ais krim cookies and cream

Gambar: Shutterstock

Bahan: 

  • 3 cawan krim (heavy cream)
  • 1 cawan susu penuh krim
  • 3/4 cawan gula
  • 1 sudu besar ekstrak vanila tulen
  • Garam
  • 5 kuning telur
  • 4auns biskut wafer coklat

Cara Menyediakannya: 

  1. Pukul krim, susu, gula, vanila dan setengah sudu teh garam dalam periuk saiz sederhana dan panaskan. Pukul kuning telur dalam mangkuk sederhana yang lain. Perlahan-lahan pukul satu cawan campuran krim panas ke dalam kuning telur yang dipukul, kemudian tuangkan semula campuran tersebut ke dalam periuk, pukul dan masak pada api sederhana. Kacau sentiasa dengan sudu kayu, sehingga campuran menjadi pekat dan meliputi sudu dan mencapai suhu 180 darjah celcius pada termometer. Masak selama enam hingga lapan minit. Alihkan periuk daripada api dan tapis kustard menggunakan penapis ke dalam mangkuk besar atau cawan pengukur. Kacau sehingga campuran menjadi sejuk mengikut suhu bilik. Perlahan-lahan, tekan pembalut plastik pada permukaan kustard untuk elakkan pembentukan kulit. Sejukkan, sekurang-kurangnya selama tiga jam. (Untuk proses penyejukkan yang lebih cepat, letakkan mangkuk berisi kustard ke dalam mangkuk besar berisi air dan kacau sehingga ia sejuk)
  2. Letakkan periuk logam berukuran lapan inci ke dalam peti sejuk beku dan biarkan ia beku, kemudian, bekukan kustard sejuk dalam pembuat ais krim. Masukkan biskut dalam beg plastik yang boleh ditutup dan hancurkan kepingan biskut tersebut menggunakan pemukul daging atau lesung batu.
  3. Keluarkan periuk logam dari peti sejuk beku dan taburkan separuh biskut yang telah dihancurkan ke dalam periuk logam tersebut. Alaskan dengan ais krim, kemudian ulang semula dengan baki biskut dan ais krim. Anda boleh gunakan susu untuk gaulkan biskut dan ais krim bermula dari bawah ke bahagian atas. Tutup dnegan pembalut plastik dan bekukannya selama dua hingga tiga jam.
Resipi: Food Network