Pau Telur Dadar & Ayam Belanda Salai Berkeju

Ikut resipi mudah ini untuk sarapan enak sebagai pembakar semangat memulakan hari.

Saiz hidangan: 60 biji
Tempoh penyediaan: 45 minit

Bahan-bahan:
1.2kg tepung Hong Kong
20g yis (ibu roti)
200g gula
20g serbuk penaik
500g air
80g minyak shortening (lemak susu)
20 telur
600g keju mozzarella
20g mentega
30ml susu penuh krim
300g ayam belanda salai

Cara Membuatnya:
1. Pecahkan telur di dalam mangkuk dan kacau bersama susu hingga sebati.
2. Panaskan kuali tidak melekat dengan api sederhana dan masukkan mentega. Kemudian masukkan campuran telur bersama susu ke dalam kuali dan masak menjadi telur dadar.
3. Masak air di dalam periuk pengukus sehingga mendidih.
4. Cara membuat doh pula – larutkan yis di dalam mangkuk bersama air suam. Biarkan seketika.
5. Campurkan tepung Hong Kong, gula, serbuk penaik dan larutan yis. Gaul sebati. Kemudian masukkan pula minyak shortening dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
6. Bahagikan doh kepada 20 gram, bentukkan bulat dan letakkan di atas talam. Canaikan doh dan isi dengan telur dadar, ayam belanda salai serta keju mozzarella. Kemudian bulatkan semula menjadi bulat. Letakkan pau di atas kertas minyak dan biarkan selama setengah jam.

Resipi: Laurent Lherisson, Executive Chef & Razali Idris, Executive Sous Chef dari Grand Millennium Kuala Lumpur