Pasta Tomato & Sosej oleh Jamie Oliver

Resipi mudah mesti cuba!

Saiz hidangan: 4
Tempoh penyediaan: 50 minit

Bahan-bahan:
1 bawang besar, dicencang halus
1 lobak merah, dicencang halus
1 saderi, dicencang halus
Minyak zaitun
4 sosej
1 sudu kecil jintan hitam
1 sudu kecil oregano kering
1 cubit emping cili
1 tangkai rosemary segar
30g basil
4 ulas bawang putih, dicencang halus
2 sudu besar cuka balsamic
2 tin (400g) plum tomato
300g penne
40g keju Parmesan

Cara Membuatnya:
1. Letak kuali besar pada api sederhana. Masukkan dua sudu besar minyak zaitun dan masukkan sosej yang telah dihancur kasar.
2. Masak selama beberapa minit, kemudian masukkan jintan hitam, oregano, emping cili dan rosemary. Tambah tangkai basil yang telah dicencang halus.
3. Kemudian masukkan pula kesemua sayuran yang telah dicencang dan bawang putih. Masak selama 10 minit, kemudian letakkan cuka dan biarkan.
4. Masukkan tomato dan tambah satu tin air dan daun basil. Biarkan mendidih, kemudian reneh dengan api perlahan selama 20 minit.
5. Sementara itu, sediakan pasta dengan biarkan ia mendidih. Toskan.
6. Seterusnya, masukkan pasta ke dalam kuali sos sosej tadi. Perasakan mengikut cita rasa. Gaul rata.
7. Parut keju Parmesan dan tabur sedikit daun basil. Sedia untuk dihidang.

Kandungan Nutrisi
Kalori: 591
Lemak: 22g
Lemak tepu: 6.9g
Protein: 26.3g
Karbohidrat: 76.6g
Gula: 18.2g
Garam: 0.6g
Serat: 5.7g

Resipi: Jamie Oliver

Foto Jamie Oliver Enterprises Limited, oleh Ella Miller