Panna Cotta Kelapa

Enak juadah pemanis mulut bagai saat dilamun cinta pertama.

Bahan-bahan:

200ml santan Ayam Brand
200ml krim kelapa
½ sudu kecil esen vanila
60g gula
1 sudu besar serbuk gelatin
2 sudu besar air sejuk
1 buah delima
1 tangkai daun pudina

Sos Gula Melaka

50g gula Melaka
40ml air

Cara Membuatnya:

Masukkan santan, krim kelapa, gula dan esen vanila ke dalam periuk dan biarkan panas tanpa perlu mendidih untuk melarutkan gula. Kacau rata.

Dalam mangkuk, masukkan air sejuk dan serbuk gelatin. Kacau selama 10 saat. Masukkan ke dalam campuran panas tadi dan kacau hingga serbuk larut.

Tuangkan campuran ke dalam bekas dan biarkan ia sejuk di dalam peti sejuk selama kira-kira dua ke tiga jam.

Dalam kuali kecil, potong gula Melaka kepada kiub dan masukkan air. Didihkan campuran hingga ia larut.

Letakkan sos gula Melaka pada atas Panna Cotta yang sudah siap. Hiaskan dengan sedikit biji buah delima. Sedia untuk dihidang!

Resipi dan foto: Ayam Brand