Nasi Ulam oleh Sherson Lian

Mudah dan sangat enak yang sesuai dengan selera tempatan.

Saiz hidangan: 1
Tempoh penyediaan: 30 minit

Bahan-bahan:
Untuk Nasi
1 cawan nasi wangi
1 cawan santan segar
1 bawang merah, dihiris
1 inci halia, dihiris
4 limau purut
1 daun pandan
2 inci kunyit, diketuk
4 ulas bawang ptuih, diketuk
3 shallot, diketuk
Serbuk kunyit

Untuk Ulam
250g kacang panjang, dicelur
5 daun kunyit
5 cekur
150g daun selasih
1 bunga kantan
10 shallot
10 cili merah
200g tauge, dicelur
2 telur masin

Cara Membuatnya:
1. Satukan kesemua bahan untuk nasi ke dalam periuk dan biar mendidih. Kemudian perlahankan api, tutup periuk dan masak selama 15 minit. Setelah siap, ketepikan selama lima ke 10 minit.
2. Sementara itu, potong nipis kesemua bahan untuk ulam (kecuali tauge).
3. Didihkan telur masin selama 10 minit dengan api sederhana. Setelah siap, potong dadu kecil.
4. Masukkan nasi yang telah siap ke dalam mangkuk besar dan gaulkan bersama kesemua bahan ulam. Siap untuk dihidang.